Tuesday, June 18, 2013

The Contribution of Ibnu Khaldun and His role in the Philosophy of Education

Ibnu Khaldun, a name that belongs to a very important person who had given a lot of significant philosophical in human history. He is very expert in the field of anthropology, politics, law, economics, philosophy, sociology, and even education. Born in Tunis on May 1332 AD, Ibnu Khaldun was actually coming from a family of scholars and political background. His ideas have reflected their importance in the history of universal thought as much as within the Islamic perspectives. His thoughts are all self – created. He created genuine and innovative ideas. His ideas have not lost their relevance as time has passed. Ibnu Khaldun concept of ideologies has been accepted and commented upon by historians, politicians, economists, teachers, educators and even environmentalist. Ibnu Khaldun’s masterpiece of art, The Muqaddimah has been translated into different kind of world languages.

So, we knew that Ibnu Khaldun has a very deep influence towards the history of humankind. But, do we know his contribution towards education philosophy? How about his role? In this essay, we will elaborate more on his contribution towards education philosophy as well as his role towards it. Actually, there are so many things that he had contributed and created in order to lead us to the suitable and correct path of educational philosophy.

Firstly, he showed us the correct method of teaching. It is by imparting information to students at their level of comprehension. He said that information should be given to students gradually in stages, lower to higher, which they may understand. If teaching methods are gradually applied to students, the education will prove more effective for them. In the beginning, the main principles of information and sciences should be taught. The student's ability in learning this subject also should be considered. The subjects to be taught should be provided with this method until completion. Such a method will result in the students showing more tendencies to the given information. However, the students’ tendency will remain weak and insufficient. The students during this period will have learnt to absorb the given information. Based on this, the teacher should revise the subjects with a little more elaboration and continue to provide the information in a wider aspect until completion. Then the students’ knowledge and adjustments shall be enhanced accordingly. The teacher shall then revise the subject three times over from the beginning. During this period, the teacher shall be able to explain more difficult and deeper aspects of the subject. This will result in the students reaching their utmost aptitude.

Next, Ibnu Khaldun mentioned that the students should not be forced to memorize. This is because teachers usually explain the difficult and deeper aspects of subjects which students are learning for the first time. This is actually forcing the students to memorize the subject. They accept this as the correct form of teaching. However, the students’ brains are not capable of understanding this. It’s difficult enough for them to learn a lesson. As results, students become lazy, their mind rejects the information and the period of learning is prolonged. This is a result of poor teaching methods. The teacher should not overload the students with lessons beyond their capabilities and capacities. Otherwise, the issues will be scrambled and subjects will become complex. When teaching, one must provide thought and revision. Memorization should be avoided.

In addition, it is harmful to be very strict towards the student especially if the student is at a young age. According to Ibnu Khaldun, this sort of aggressiveness negatively influences the child. It may affect the psychology of the child and create unhappiness as well as interrupt his desire to work and study. This will lead the child to misbehaviour and to live in fear. He will learn to display rebellious action to those really within his heart. In time, this will become his nature and part of his character. As a result, it will corrupt the enhancements of social activities, development and the concept of self-esteem and family values. Therefore, teachers, mothers and fathers should not be aggressive towards children in order to teach them obedience and manners.

Furthermore, two subjects should not be taught together. The student should not pass on to another subject while the first remains incomplete. According to Ibnu Khaldun, this will separate the heart from the mind. Concentration on learning both subjects at the same time unfortunately leads to an incomplete knowledge of both the subjects which the student could not afford to absorb information correctly. He also mentioned about the appropriate length of subjects taught. According to Ibn Khaldun, an over-summarized text on certain information as well as an over-extended text will create difficulty in learning the actual information. This is because an over-summarized text will lead to the missing point of view or details from the actual information. While if the text is over-summarized, this will lead to other conflicts such as too much information at once and very hard to recognize which one is more important than the others. This entire situation will lead to the difficulty in learning the actual information.

Last but not least, his role in the philosophy of education. Ibnu Khaldun played a very important role such as doing research regarding this philosophy, introducing the new and correct method of teaching, recognizing the student behaviour as well as the teacher itself. He wrote a lot of books that concerned on the educational philosophy and give everyone a chance to read it no matter who they are. He practically used the method itself and taught people about it. That is why he is very remembered by the people of the world because he had contributed a lot of effort and knowledge towards us. No matter whom the people are, neither East nor West, they will amaze with the ideology and philosophy of Ibnu Khaldun.


Monday, April 29, 2013

Fungsi Bahasa Melayu dalam Konteks Negara Malaysia


      Secara individu, huraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia serta konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia.


Bahasa Melayu merupakan bahasa nusantara yang dipertuturkan oleh penduduk Kepulauan Melayu sejak zaman berzaman. Ia menjadi bahasa istana, bahasa pertuturan rakyat biasa bahkan bahasa perdagangan yang juga dikenali sebagai Lingua Franca. Ia memiliki keunikan dan keindahannya yang tersendiri kerana melalui ungkapan yang ringkas sahaja, penuturnya boleh menyampaikan maksud tersirat yang amat mendalam maknanya. Bahasa Melayu juga memiliki cabang bahasanya sendiri seperti simpulan bahasa, peribahasa, syair, pantun, sajak, gurindam dan lain – lain lagi. Dalam penulisan ini, saya akan menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia serta konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia.
Pertama sekali ialah fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian, boleh kita fahami bahawa bahasa Melayu memiliki beberapa fungsi utama iaitu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan kepelbagaian kaum di Malaysia.
Langkah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah memastikan keindahan dan keasliannya akan sentiasa terpelihara. Hal ini kerana bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi sesebuah negara merupakan identiti dan simbol negara tersebut. Sebagai contoh, negara Jepun menggunakan bahasa Jepun sebagai identitinya, bahasa Perancis bagi negara Perancis, bahasa Jerman bagi negara Jerman dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa Melayu merupakan lambang jati bahasa politik dan undang-undang dalam negara ini. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa utama dalam majlis – majlis rasmi seperti sambutan Hari Kemerdekaan, hari pertabalan Yang di – Pertuan Agung, watikah pelantikan jemaah menteri dan sebagainya. Urusan rasmi seperti surat – menyurat juga  menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
Fungsi bahasa Melayu yang seterusnya ialah sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Semenjak terhasilnya Laporan Razak pada tahun 1957 dan Laporan Rahman Talib tahun 1961, bahasa Melayu telah mengalami beberapa fasa penting. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan sekaligus diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Berdasarkan peruntukan tersebut, bahasa Melayu memiliki hak dan martabatnya dalam perlembagaan sementara bahasa-bahasa bagi kaum lain juga dipelihara dan tidak dinafikan haknya. Bahasa Melayu kemudiannya memikul tugas sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah (Nik Safiah Karim 1986: 1). Seperti kita sedia maklum, sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, bahasa pengantar ilmu utama yang digunakan di kebanyakan sekolah – sekolah ialah bahasa Inggeris. Manakala bagi sekolah vernacular Melayu, Cina dan India, bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa ibunda masing iaitu bahasa Melayu, Cina, dan India. Oleh yang demikian, dengan terhasilnya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib, sekaligus menjadikan seluruh sekolah – sekolah di Tanah Melayu menggunakan satu bahasa pengantar ilmu yang sama iaitu bahasa Melayu.
Kesannya, status bahasa Melayu telah dimartabatkan dan penggunaannya merupakan satu kewajipan dalam pendidikan. Melalui cara ini, perpaduan antara kaum di Malaysia telah menjadi semakin kukuh dan stabil dari hari ke hari. Hal ini kerana semua bangsa menuturkan bahasa pengantar ilmu yang sama iaitu bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, hak bahasa etnik atau kaum – kaum lain seperti Cina, India dan sebagainya tidak dinafikan. Bahasa – bahasa ini masih bebas digunakan atau dituturkan. Para pemimpin kita pada era awal kemerdekaan telah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan serta pengantar di negara ini kekal terpelihara dan dilindungi keasliannya. Sesungguhnya, menjadi tanggungjawab kita sebagai generasi pascamerdeka ini untuk meneruskan usaha murni tersebut. Selain itu, menjadi kewajipan para pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru untuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga dengan bahasa Melayu sebagai identiti rakyat Malaysia.

Fungsi bahasa Melayu yang terakhir ialah sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan kepelbagaian kaum di Malaysia. Dari segi sosiobudaya, bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam mengukuhkan semangat perpaduan dan pemikiran rakyat pelbagai kaum. Bahasa Melayu memiliki ciri sebagai alat komunikasi antara kaum di Malaysia. Bangsa Malaysia perlu sedar bahawa tanpa bahasa tersebut, sukar bagi mereka mencapai kesejahteraan sosial dan ekonomi. Jadi setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia sewajarnya cinta, hormat dan bangga akan bahasa Melayu. Sebagai alat untuk memungkinkan penyatuan pelbagai kaum dengan latar belakang sosiobudaya dan bahasa masing-masing, bahasa Melayu memungkinkan pelbagai suku kaum dari pelbagai wilayah dan daerah di Malaysia mencapai keserasian hidup sebagai bangsa yang bersatu padu dengan tidak perlu meninggalkan identiti dan bahasa sukuan masing-masing. Dengan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa komunikasi dan perpaduan, rakyat menyedari betapa pentingnya meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan kaum dan kelompok yang sempit. Bahasa Melayu telah terbukti keberkesanannya sebagai alat perhubungan antara daerah, wilayah dan budaya hingga kesalahfahaman dapat dihindarkan. Bahasa Melayu tetap akan berperanan sebagai wahana komunikasi yang mutlak untuk masyarakat pelbagai kaum, tanpa mengira taraf sosial dan latar belakang.
Tambahan pula, bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan telah mampu merapatkan pelbagai jurang antara kaum. Bahasa ini bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga merupakan medium penghubung antara sosial, merobohkan sentimen perkauman, geografi dan status penduduk. Bahasa lain tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan tersebut. Bahasa Melayu telah mengelakkan salah faham, prejudis dan persepsi negatif dalam masyarakat majmuk apabila menjadi alat perhubungan antara penduduk dari pelbagai daerah, negeri dan wilayah. Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mempunyai medium interaksi yang sesuai dan mudah untuk digunakan. Persengketaan dan konflik antara kaum mungkin akan berlaku dek kerana salah faham konsep komukasi dan bahasa. Oleh yang demikian, Pergaulan yang berkesan memerlukan bahasa yang mudah dikuasai serta difahami oleh kebanyakan rakyat. Bahasa Melayu akan terus berperanan sebagai fungsi utama di pentas kehidupan sosial, rasmi dan tidak rasmi rakyat Malaysia. Itulah fungsi yang akan menentukan kemantapan dan kestabilan hubungan sosial dalam rangka integrasi nasional yang tulen di Malaysia dan lambang kepada jati diri negara Malaysia.

Seterusnya, saya akan menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia. Konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan nilai-nilai Islam kerana ajaran Islam telah menjadi suatu cara hidup yang merangkumi semua tatacara dalam kehidupan orang Melayu termasuklah berbahasa. Nilai-nilai Islam menjadi pengukur dan penentu terhadap kesantunan orang Melayu. Jelasnya, konsep kesantunan orang Melayu ialah perlakuan berbahasa dan bukan berbahasa yang dilakukan atas keikhlasan kerana Tuhan yang Maha Esa, Allah Taala. Jadi, konsep kesantunan orang Melayu melibatkan hubungan tiga penjuru iaitu melibatkan penjagaan hubungan antara manusia dengan Tuhan, serta memberatkan hubungan antara manusia dengan manusia iaitu pendengar. Sesungguhnya, kesantunan berbahasa telah menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu dan menjadi lambang jati diri bangsa tersebut sejak zaman berzaman. Pendek kata, orang Melayu sudah sekian lama disinonimkan dengan kesantunan dalam berbahasa dan perlakuan. Dalam usaha untuk memelihara dan membina jati diri bangsa Melayu yang unggul dan gemilang, semestinya setiap lapisan masyarakat menyemarakkan penggunaan bahasa yang santun dalam kehidupan seharian.
Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hari ini, kita dapat melihat dengan jelas konsep budi bahasa dan kesantunan ini. Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, tetapi setiap golongan masyarakat saling hormat menghormati antara satu sama lain dan saling tolong menolong. Amalan budi bahasa dan kesantunan amat diberi tekanan iaitu bermula seawal dari institusi keluarga lagi. Interaksi antara kaum pula tidak menghadapi sebarang konflik perkauman kerana setiap individu masyarakat mengamalkan budi bahasa yang luhur dan berpekerti mulia. Seperti yang kita semua sedia maklum, nilai murni dalam budi bahasa memberikan kekuatan sosial dan moral serta membentuk budaya tinggi sesebuah masyarakat.
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan keaslian dan martabat bahasa Melayu pada hari ini akan terus kekal dan terpelihara. Usaha murni ini memerlukan setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan juga identiti serta simbol perpaduan bangsa Malaysia yang berjaya. Sesungguhnya bangsa yang maju mengamalkan bahasa dan budaya tinggi yang dituturkan dengan cara yang halus, menarik, berkesan, bersopan santun, mempunyai nilai estetika, intelektual serta nilai budaya yang mencerminkan tamadun dan kesusilaan bangsa yang berperibadi tinggi

Rakyat Berjiwa Merdeka


Berdasarkan 10 prinsip Islam Hadhari, huraikan secara terperinci serta refleksi kendiri disamping saranan – saranan idea, bagaimana prinsip – prinsip ini boleh menjadi garis panduan ke arah proses pembangunan negara.

Dalam agama Islam, Islam Hadhari bukanlah sesuatu agama baru. Sebaliknya,ia adalah suatu pendekatan ataupun konsep yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat Islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang berteraskan pegangan Islam sebenar dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, ia dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani. Dalam penulisan esei ini, kami akan menghuraikan satu daripada 10 prinsip dalam Islam Hadhari iaitu rakyat berjiwa merdeka.
Sebelum itu, istilah Hadhari secara asasnya adalah ambilan dari perkataan bahasa arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Perkataan asalnya adalah 'ai-islam al-hadhari' atau disebut juga sebagai 'civilizational Islam'. Perkataan Hadhari bermaksud bertamadun atau Islam yang menekankan aspek ketamadunan. Secara lengkapnya, Islam Hadhari didefinisikan sebagai suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. (JAKIM, 2005 : 9).
Dalam memastikan konsep Islam Hadhari ini terlaksana, 10 prinsip telah ditetapkan. Salah satu prinsip utama tersebut ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Apakah maksud berjiwa merdeka? Ianya bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata – mata dan kepada rasul – Nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari – Nya  adalah dilarang terutama dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Sebuah hadis ada menyebut bahawa tiada ketaatan bagi seseorang yang melakukan atau melibatkan diri dengan perkara maksiat kepada Allah. Sesungguhnya, ketaatan hanya ada dalam perkara yang ma’ruf (baik) sahaja.
 Oleh yang demikian, dalam prinsip jiwa merdeka ini, terdapat beberapa ciri utama. Antaranya ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Qur’an, surah al-Isra’ ayat ke – 70  yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.
Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap tertutup dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Mereka tidak seharusnya terlalu terpengaruh dengan budaya – budaya songsang atau tidak beretika sepertimana kebiasaan di negara – negara Barat. Budaya pergaulan bebas, perlacuran, lesbian, gay, dan biseksual merupakan contoh budaya songsang yang seharusnya kita jauhi. Budaya seperti ini bukan sahaja mengingkari hukum agama, bahkan juga melanggar norma kehidupan masyarakat Malaysia yang murni dan bertatasusila. 
Tambahan pula, masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh serta utuh. Undang – undang dan peraturan yang kita laksanakan hari ini merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Parlimen Malaysia yang terdiri daripada wakil – wakil pilihan rakyat. Undang – undang yang digubal merupakan kata sepakat rakyat berbilang kaum yang mengutamakan kepentingan semua pihak dan bukannya individu semata – mata. Oleh yang demikian, dengan mematuhi peraturan – peraturan ini, proses ke arah pembangunan negara pasti menjadi lebih mudah dan teratur. Sewajarnya undang – undang ini dilaksanakan dan diamalkan di negara kita.
Selain itu, setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jati diri, imej keluarga, integriti masyarakat, mengekalkan keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Aktiviti seperti kem kepimpinan mahupun motivasi merupakan contoh – contoh program yang seharusnya dikekalkan. Hal ini kerana program – program seperti ini banyak membantu dalam melatih dan melahirkan jati diri yang tinggi di kalangan peserta – pesertanya. Pengalaman yang mereka perolehi bukan sahaja berguna kepada diri mereka, bahkan memberi manfaat kepada orang lain apabila mereka mampu menerapkan dan menyemai nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Walau bagaimanapun, bukanlah satu kesalahan sekiranya kita mempelajari teknologi dan budaya kerja masyarakat asing. Hal ini kerana, perkara ini boleh membantu kita dalam membangunkan dan meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Tetapi harus diingat, tidak sewajarnya segala kemudahan dan teknologi ini dipergunakan dengan cara yang salah dan bersifat individualistik kerana perkara seperti ini boleh merencatkan pertumbuhan serta pembangunan negara.
Kesimpulannya, makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ianya menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara, bukannya kepentingan individu semata – mata. Sifat berdikari, positif dan dinamik dalam diri setiap rakyat Malaysia amatlah penting supaya proses pembangunan negara berjalan dengan lancar, mudah serta tersusun mengikut struktur perancangan yang telah ditetapkan. Tambahan pula, 10 prinsip Islam Hadhari yang dilancarkan merupakan garis panduan yang amat penting dalam memastikan hasrat Malaysia untuk melahirkan rakyat berdaya saing dan mengamalkan nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian terlaksana dengan jayanya.

Friday, February 22, 2013

Guru Pelatih di IPG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian..hrp2 berada dlm keadaan sihat sentiasa yea..

Baik lh..msti anda rsa hairan kn knpa tajuk entry tba2 menyentuh kmbli hal berkaitan guru pelatih..haa..sprti anda sedia mklum, sya merupakan pljr di Institut Pendidikan Guru.. jdi, sya rsa mnjdi tggjwb kpd sya utk memaklumkn kpda rkn2 di luar mengenai situasi di dlm Institut Pendidikan Guru..

Utk memakluman, Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia sebelumnya disebut sebagai Maktab Perguruan..pda wktu itu, para guru pelatih yg graduate di Maktab Perguruan hanya lh ditawarkn pogram Diploma Pendidikan..mereka juga hanya menjalani latihan perguruan selama 3 tahun shja..bukan itu shja..mereka juga ditawarkn elaun sara diri..tetapi menurut guru sya yg graduate dri Maktab Perguruan, elaun sara diri pda msa itu tidak lh setinggi yg diperolehi para guru pelatih di Institut Pendidikan Guru skrg..

Sehingga lh bbpa thun lepas apabila status Maktab Perguruan telah dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru..kesannya, pogram yg ditawarkn bukan lh lgi Diploma Perguruan shja..pda peringkat ini, ia telah dinaik taraf sebagai Pogram Ijazah Sarjana Muda or sebutan famousnya, Degree Pogram.. pelbagai perkara telah diubah dn dinaik taraf..Degree Pogram ini telah dilanjutkn selama 5 tahun 6 bulan..ini kerana pljr2 yg terpilih memasuki mna2 IPG diseluruh Malaysia, haruslh terlebih dahulu menjalani pogram persediaan yg disebut Pogram Pra Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP)..pogram ni slma 1 tahun setengah..

Kemudian, pljr2 yg berjaya menjalani pogram ini, akan terus dilanjutkn pengajian ke Pogram Perguran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yg berlangsung slma 4 tahun..wlau pun tempoh pgjian di Institut Pendidikan Guru telah dilanjutkn drpd 3 tahun kpda 5 tahun stgh, tetapi ia nya merupakan sesuatu yg amat penting dlm usha pelajar2 IPG utk mndptkn Ijazah Sarjana Muda ..ini memudahkn mereka utk trut bersaing dgn pljr2 dri IPTA seperti universiti awam mahupun swasta yg menawarkn pogram pendidikan Ijazah Sarjana Muda yg sma..

Selain itu, elaun sara diri pljr IPG juga telah dinaikkn ke tahap yg sederhana tggi..tp bergantung juga kpda seseorang pelajar itu sendiri bagaimana kh cra mengurus perbelanjaan nya..bgi sya sendiri yg  melanjutkn pengajian ke pogram PISMP, elaun sara diri ini amatlh membantu mengurangkn bebanan family kerana ia merupakan cukup utk perbelanjaan sya sbgai seorang guru pelatih disini..alhamdulillah..

Sekian shja entry sya kali ini..jka terdpt sebarang kesalahan maklumat, hrp sudi2 lh tegur dn sila komen di blog ini agar boleh sya perbetulkan..smga kta berjumpa lgi di entry yg seterus nya..in shaa Allah..

Wassalam...

Sunday, December 30, 2012

Farewell 2012!!!

           Assalamualaikum dan salam sejahtera suma..pejam celik pejam celik, rupanya kta dah brda di hari teraher tahun ni, 31 Disember 2012...cepat kn msa berlalu..dn tahun ini menutup tirainya dgn seribu satu kenangan yg takkan saya lupakan..insya Allah..hehe

           Bla sebut soal kenangan, msti ada 2 pkra je..kngn manis dn kngn pahit..urm..bla di ingtkn, byk kngn manis kot..hehe..jom kta imbau bersma..=)

1. Dramatization "King Lear"
Untuk memenuhi kriteria pemarkahan keseluruhan bagi program persediaan ni, kami dikehendaki mengadakan pementasan drama berdasarkan drama King Lear yg kami kaji pda semester 2 ni..sejujornya, pementasan drama ini merupakan pengalaman yg amat penting dan berguna sekali kerana telah mengajar sya byk perkara..selain drpd belajar mcm mna nk berlakon, nk persembahkan lakonan yg berkualiti, sehinggalah pengalaman berkerjasama dgn kwn2..mula2 mmg lh susah..bygkn nk satukn 21 org yg mempunyai latar belakang agama, kaum, dn pemikiran berbeza..suma ada pendpt n idea masing yg plu dipertimbangkn..tp alhamdulillah..berkat kerjasama, kesungguhan, dn latihan yg intensif, pementasan drma ini brjln dgn lancar dn brjya skli..alhamdulillah..=)

2. Borneo Tropical Rainforest
Pda 16-19 April yg lalu, kmi Program TESL IPGKS ambilan Jun 2011 telah mengadakan Kem Bahasa Inggeris kt resort ni..pogram 4 hari 3 mlm ini betol2 memberikan kngn yg sgt indah..=)

3. Sukan IPGKS
Pada 28 April, kra2 semggu selepas Language Camp, IPGKS Jalan Bakam mengadakan Karnival Sukan peringkat IPGKS..utk makluman, IPGKS kmi jrg mengadakn sukan tahunan..selalunya, fokus lebih kpda merentas desa, sukan padang mcm bola sepak, futsal, bola tampar dn sebagainya..tp sukan balapan pula telah  bbpa tahun tidak dlksnakn..oleh yg demikian, kbykn senior berasa kami sgt bertuah kerana bru 2nd year kt sini, dh rsa nikmat bersukan..diaorg pula dh bbpa tahun tak rsa karnival..hehe..pa2 pun, mmg happening la..wlaupun cuaca Miri ni panas sgt2 hari tu, tp alhamdulillah sumanya brjln lncr..sukan terlaksana dgn jayanya..=)

4. Family Trip to Gunung Serapi
Alhamdulilah, 9 Jun 2012, keluarga sya bersma sma keluarga usu (adik mak) telah mengadakan ekspedisi mendaki gunung serapi!!! Kami memulakan ekspedisi seawal jam 8 pagi dn berjya menamatkan pendakian kira2 10.30 pagi dn berjaya berada kemuncak 2600 meter dri paras laut! Haha..mmg menyeronokkan lh..wlaupun penat mendaki, rsa puas sebab dpt tgok pmndgn yg jelas seluruh kwsn Matang..lgpun, menjelajah kemuncak Gunung Serapi ini merupakan idaman sya sejak sklh mngh lagi..mna tak nya, 5 tahun tgok gunung ni dri asrama sekolah..maklumlah, sekolah SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab tak jaoh dri kaki gunung ni..hehe..tak sgka berjaya menunaikan hajat dihati ini..thanks my beloved brother Ismail Padil for brought us here..alhamdulillah..=)

         Syukur Alhamdulillah kerana berkat kurniaan Nya, pelbagai kenangan manis dn pahit telah saya lalui sepanjang ini..sbnrnya, ada byk lgi peristiwa dn gmbr2 yg ingin sya kongsikn..malangnya, atas sebab2 tertebtu, gmbr tersebut tidak dpt syg upload..insya Allah pda entry2 yg akan dtg, syg cuba utk meng"upload"nya..hehe

          By the way, sya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yg sudi melawat dn membaca nukilan hati sya ini..maafkn sya atas sgla silap dn salah spnjg sya ber"blog" ni..sesungguhnya yg baik itu kita ambik pgjran, yg buruk sbgai pgjrn bersama..
         
          Baiklah setakat ini shja entry kali ini..smga kita berjumpa lagi utk entry yg lebih menarik dn menyeronokkn di tahun 2013 nanti..so, gud luck everyone!!! (^_^)


Tuesday, October 16, 2012

Menangani Kes Juvana


Definisi Juvana
Istilah jenayah juvana merujuk kepada pelanggaran undang-undang oleh
seseorang juvana. Mengikut akta Mahkamah Juvana, 1947 (AKTA 90) juvana
membawa makna seseorang yang boleh menanggung tanggungjawab jenayah yang
ditetapkan dibawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan dibawah umur 18 tahun. Berdasarkan definisi diatas, boleh difahami bahawa kes juvana ini sebenarnya merujuk kepada golongan belia atau murid sekolah yang melakukan kesalahan jenayah dan berusia dibawah 18 tahun. Hal ini demikian kerana apabila mereka melepasi usia 18 tahun, mereka akan dikira sebagai golongan dewasa. Untuk makluman, hukuman untuk kesalahan jenayah yang dilakukan oleh golongan dewasa dan mereka yang berusia kurang dari 18 tahun adalah berbeza.


Contoh – contoh Kes Juvana
Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis kes juvana yang sering berlaku dalam kalangan belia kita. Antaranya ialah pukul, buli, curi, rogol, rompak, penagihan dadah, ponteng, ragut, tipu, pecah rumah, seks bebas, pengguguran bayi, gansterisme merokok, pil khayal/ ecstasy, rempit dan bunuh. Apabila kita melihat kepada gejala juvana tersebut, kita pasti akan berasa bimbang kerana majoritinya adalah kesalahan jenayah berat yang semakin sering kita dengar berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Lebih membimbangkan kita lagi adalah gejala tersebut dilakukan oleh golongan belia yang akan menjadi tonggak harapan dan pemimpin negara pada masa hadapan. Oleh yang demikian, langkah segera hendaklah diambil terutamanya oleh para ibu bapa serta pihak berkuasa dalam membanteras gejala ini dari terus berleluasa dan menjadi barah dalam masyarakat.


Punca – punca Kes Juvana
Secara umumnya, terdapat beberapa sebab yang menjadi punca utama kes juvana ini. Punca yang pertama ialah pengaruh rakan sebaya. Kita sedia maklum bahawa golongan belia banyak meluangkan masa mereka bersama – sama dengan rakan – rakan mereka, bahkan lebih daripada bersama ahli keluarga sendiri seperti adik beradik mahupun ibu bapa. Kita boleh simpulkan bahawa rakan – rakan sebaya merupakan antara pengaruh utama yang mencorakkan personaliti dan kelakuan golongan belia. Oleh yang demikian, sekiranya mereka tersalah pilih kawan, mereka akan mudah untuk terjerumus dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan diri. Pada usia ini, mereka tidak ada benteng ketahanan diri yang kukuh. Mereka berasa seronok berada dalam kelompok kawan yang mampu memberi kegembiraan.
Punca yang seterusnya ialah pengaruh media massa. Pada hari ini, kita dapat melihat dengan jelas sama ada melalui media cetak atau media elektronik, masing – masing kebanyakannya memaparkan filem-filem atau cerita-cerita ganas dan berunsur seks. Lebih membimbangkan lagi adalah filem dan bahan tidak bermoral terbabit boleh didapati dengan mudah melalui internet dan sebagainya. Akibatnya, golongan remaja yang melihat akan terpengaruh serta meresap dalam diri dan melahirkan keinginan untuk melakukannya sendiri. Apabila ini berlaku, masalah pergaulan bebas, seks luar nikah, pelajar mengandung, masalah buang bayi dan sebagainya akan timbul.
Selain itu, masalah dalam keluarga juga merupakan punca utama gejala juvana berlaku. Masalah seperti pertengkaran ibu bapa, kurang kasih sayang dan bebanan tugas yang dialami oleh ibu bapa menyebabkan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak – anak. Para remaja pula berasa tertekan dan emosi mereka pastinya terganggu. Lalu, mereka mengambil jalan keluar dengan lari dari rumah, mengikut kawan-kawan, mengambil dadah dan sebagainya. Mereka bertindak demikian sebagai usaha untuk menangani tekanan dan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, walau sibuk mana pun para ibu bapa, mereka hendaklah mengambil perhatian dan memberikan kasih saying yang secukupnya kepada anak – anak mereka. Melalui cara ini, anak – anak akan merasakan mereka lebih dihargai dan dikasihi oleh ibu bapa.
Tambahan pula, usia remaja dipenuhi dengan perasaan ingin mencuba. Jiwa mereka yang penuh dengan emosi sangat suka kepada sesuatu yang baru. Apabila melihat rakan dapat melakukan aksi / membuat sesuatu yang menyeronokkan mereka akan terikut-ikut. Antara aksi – aksi tersebut ialah merempit, hubungan seks, menghisap dadah, melakukan aksi aksi berbahaya, dan sebagainya. Oleh itu, mereka hendaklah memiliki pegangan diri yang kukuh dan bimbingan daripada para ibu bapa dan guru – guru supaya mereka tidak mudah terjebak untuk melakukan perkara – perkara terkutuk tersebut. Sesungguhnya, mereka merupakan tanggungjawab semua.
Akhir sekali ialah kurangnya didikan agama. Sebenarnya, ini merupakan sebab yang paling penting sekali, tetapi ia juga merupakan sebab yang paling kurang diberikan perhatian oleh sesetengah ibu bapa dan penjaga. Mereka lebih menekankan kepada kejayaan dalam bidang akademik dan sukan daripada akhlak dan sahsiah anak – anak.  Akibatnya, lahirlah golongan remaja yang kurang menghayati agama. Mereka bukan sahaja tidak takut kepada dosa, bahkan mereka juga tidak takut kepada balasan hari akhirat. Mereka lebih pentingkan keseronokkan dunia walaupun bertentangan dengan nilai dan agama. Lebih membimbangkan lagi apabila kebanyakkan golongan masyarakat mengamalkan budaya lihat dan pandang tetapi tidak ada usaha untuk menegur.


Cara – cara Mengatasi Kes Juvana
Sebenarnya, terdapat beberapa jalan penyelesaian kepada kes juvana ini. Cara yang pertama ialah memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak – anak sejak mereka masih kecil lagi. Mereka bukan sahaja pergi kelas mengaji al – Quran, bahkan menghadiri kelas fardu ain yang diadakan di sekolah. Sekiranya tidak ada, maka para ibu bapa hendaklah berikhtiar supaya mereka boleh mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengamalkan dan melaksanakan hukum – hakam agama di rumah. Melalui ini cara ini, kesannya akan lebih jelas didapati oleh anak – anak. Mereka bukan sahaja mampu membenteng diri daripada pelbagai pengaruh negative, bahkan anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
Tambahan pula, ibu bapa sewajibnya memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak. Kesannya, anak-anak akan merasakan diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa dan keluarga.  Selain itu, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa terutamanya tindakan yang lebih tegas terhadap media massa yang menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan seks. Sesungguhnya, budaya negative ini boleh mempengaruhi jiwa remaja. Oleh itu, garis panduan yang lebih telus dan jelas hendaklah digubal untuk memastikan tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.
Seterusnya, penggubalan dan pemindaan undang-undang juga memainkan peranan penting dalam membendung gejala ini. Tindakan lebih berat hendaklah dikenakan sebagai pengajaran kepada segelintir pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri. Selain itu, tindakan tegas juga hendaklah diambil terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain. Akhir sekali, mengadakan kempen kesedaran untuk remaja. Ini bertujuan mengingatkan remaja tentang impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup. 


Dalil – dalil Berkaitan

Sesungguhnya, di dalam al – Quran dan al – Hadith telah memberikan kita panduan dan tegahan supaya kita tidak mengikut hawa nafsu yang sentiasa membawa kita melakukan kejahatan. Anataranya ialah seperti ayat dibawah:
“Janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”. (Surah Sad, 38:26).
Selain itu, al – Quran juga mengesyorkan kita supaya menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai role model atau ikutan yang terbaik dalam kita menjalani kehidupan seharian. Para remaja hari ini sepatutnya lebih menyanjung dan mencontohi baginda S.A.W daripada golongan artis dan budaya Barat yang banyak melalaikan dan merugikan.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, 33:22)
Tambahan pula, al – Hadith juga memberikan kita garis panduan dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang berakhlak mulia dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir – anasir jahat yang sentiasa merosakkan kita serta mengajak kita melakukan perkara yang boleh mendapat kemurkaan Tuhan Yang Maha Esa.
Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan.“  

Kesimpulannya, kita hendaklah berpegang teguh dengan al – Quran dan al – Hadith dalam menjalani kehidupan kita sebagai khalifah – Nya dia atas muka bumi ini. Melalui cara ini sahaja, kita tidak akan mudah terpengaruh dan lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini.




Tuesday, September 4, 2012

Budaya Institut Pendidikan Guru




Bersempena dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”, para guru pelatih yg menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara diseru untuk merealisasikan hasrat tersebut bersandarkan kepada Budaya Institut Pendidikan Guru. Persoalannya, apakah Budaya Institut Pendidikan Guru tersebut? Ianya terbahagi kepada berapa? Bagaimanakah hasrat tersebut boleh dicapai melalui budaya ini? Semua persoalan ini akan terjawab dalam perenggan – perenggan yg seterusnya. 


Mula – mula sekali, ingin saya menerangkan terlebih dahulu berkenaan konsep Budaya Institut Pendidikan Guru. Konsep ini merupakan antara langkah – langkah yg diambil oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.


Selaras dengan visinya iaitu ‘Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia’ dan misinya iaitu ‘Melaksana sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia’, Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dilaksanakan. Budaya Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah untuk membina, membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya iaitu budaya ilmu, budaya kepimpinan, budaya kerja profesional, budaya akhlak dan moral, budaya estetika, budaya hidup sihat dan budaya penyayang. Untuk memastikan tema Hari Guru pada tahun ini berjaya dicapai, para guru pelatih hendaklah melaksanakan sepenuhnya semua komponen budaya ini. 


Komponen yang pertama iaitu budaya ilmu, terbahagi kepada 5 iaitu pembelajaran sepanjang hayat; berilmu pengetahuan luas mendalam dan terkini (syumul); menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu; menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu; serta yang terakhir ialah menyumbangkan penyelidikan. Selaku seorang guru pelatih yang akan mendidik anak bangsa, sewajibnya budaya ini dipegang teguh. Ini kerana, mereka merupakan golongan yang menjadi tempat rujukan dan pemberi panduan dalam bidang ilmu pengetahuan. Dengan memiliki sifat ini, akan lahirlah golongan guru yang cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menyumbangkan idea – idea bernas untuk melonjakkan tranformasi pendidikan negara.


Komponen yang kedua ialah budaya kepimpinan. Antara intipati budaya ini ialah kebolehan membuat keputusan, pemikiran reflektif, menghayati visi dan misi IPG, serta aspirasi negara. Guru pelatih akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam proses mereka melaksanakan program pendidikan yang berlangsung selama lima tahun setengah ini. Oleh yang demikian, mereka hendaklah bijak dan rasional dalam membuat keputusan. Selain itu, mereka hendaklah menyertai program – program yang dianjurkan seperti Sukan Tahunan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya kerana program seperti ini melatih mereka untuk menjadi pemimpin dan berfikiran kreatif. Maka, para guru pelatih hendaklah menyertai program sedemikian dengan rela hati dan bukannya untuk mendapatkan sijil penyertaan semata – mata. 


Budaya Institut Pendidikan Guru yang ketiga ialah budaya kerja professional. Antara kriterianya ialah meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah, bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif, serta menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi. Untuk memastikan hasrat tema hari guru pada tahun ini terlaksana, setiap guru pelatih hendaklah memiliki semua kualiti di atas. Antara cara untuk memperolehinya ialah para guru pelatih haruslah mengawal emosi mereka dengan bijak. Mereka tidak boleh membiarkan perasaan menguasai mereka kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dalam proses untuk melaksanakan sesuatu perkara. Sikap profesional dan pengurusan emosi amatlah penting untuk memastikan objektif sesuatu agenda berjaya dicapai.


Budaya Institut Pendidikan Guru yang seterusnya ialah budaya estetika. Budaya estetika merujuk kepada ekspresi dan apresiasi terhadap nilai-nilai seni, keindahan dan keharmonian. Terdapat lima asas yang menjadi inti kepada budaya ini iaitu kehalusan budi dan keunggulan peribadi, kesempurnaan kerja, kecantikan dan keindahan seni dan karya, keindahan budaya dan bangsa serta yang terakhir ialah keindahan persekitaran. Guru merupakan suri tauladan yang akan menjadi ikutan dan panduan semua terutamanya para pelajar. Mereka bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan yamg luas, tetapi juga keunggulan peribadi yang tinggi kerana dia akan menjadi golongan yang menentukan corak pendidikan negara. Oleh yang demikian, para guru pelatih hendaklah memastikan mereka memiliki budaya estetika ini dalam diri mereka. Mereka tidak seharusnya leka dengan arus permodenan dan era globalisasi yang menawarkan pelbagai hiburan serta gaya hidup yang melalaikan. Seharusnya mereka tidak terlibat dengan sebarang masalah sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, dan juga pengambilan alkohol. Sebagai bakal guru, mereka hendaklah menjaga diri mereka dengan sebaiknya agar tidak terjebak dengan anasir – anasir jahat tersebut.


Tambahan pula, Budaya Institut Pendidikan Guru yang kelima ini ialah sesuatu yang wajib dalam diri setiap guru pelatih. Ciri – ciri nilai budaya akhlak dan moral ialah sentiasa bersyukur, merendah diri (tawadhuk), redha dengan qada’ dan qadar, taqwa,ikhtiar dan doa serta mematuhi etika. Budaya ini menjadikan para guru pelatih untuk sentiasa yakin dan berusaha yang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak – anak bangsa. Setelah berusaha seboleh mungkin memberi yang terbaik, mereka haruslah berdoa dan berserah kepada Tuhan supaya usaha mereka membuahkan hasil yang baik serta bernas. Untuk memiliki kualiti ini, para guru pelatih hendaklah terlebih dahulu bersedia untuk menyertai program – program keagamaan yang dianjurkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru atau badan – badan berkaitan. Melalui cara ini, mereka dapat melatih diri mereka untuk menjadi guru pelatih yang bukan sahaja bersedia untuk mengajar ilmu keduniaan, bahkan juga ilmu keagamaan. Dengan berpegang teguh pada agama juga menjadikan para guru pelatih insan yang menjaga akhlak dan perlakuan mereka. Dengan cara ini, mereka pasti boleh membimbing anak – anak murid mereka ke arah yang lebih positif.


Budaya Institut Pendidikan Guru yang seterusnya ialah budaya penyayang. Budaya penyayang ini bukan sahaja bertujuan menyayangi diri sendiri sahaja, tetapi juga menyayangi keluarga, masyarakat, profesion, warga dan organisasi serta alam sekitar. Selain itu, sifat keprihatinan dengan makhluk juga dititikberatkan. Untuk menyerapkan budaya ini dalam diri setiap guru pelatih, maka aktiviti seperti khidmat masyarakat, lawatan ke rumah anak – anak yatim dan orang – orang tua hendaklah diadakan. Selain itu, khidmat masyarakat seperti gotong – royong membersihkan Institut Pendidikan Guru merupakan antara inisiatif yang boleh dilaksanakan. Melalui cara ini, kita dapat menanam sikap sedia berkhidmat dan tolong – menolong dalam diri setiap guru pelatih. 


Akhir sekali ialah budaya hidup sihat. Kriteria – kriterianya ialah kesihatan dan kecergasan fizikal, kematangan emosi, ketenangan rohani dan bertaqwa, persekitaran mesra, keterbukaan minda, positif, matang serta rasional. Disebalik kesibukan menguasai ilmu pengetahuan dan potensi diri, para guru pelatih tidak seharusnya mengabaikan aspek kesihatan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang berbunyi, “akal yang sihat, dari tubuh badan yang sihat”. Oleh yang demikian, sewajarnya para guru pelatih melibatkan diri dengan aktiviti riadah pada setiap hari seperti bersukan, bersenam, dan sebagainya. Mereka juga hendaklah memperbanyakkan pergaulan yang sihat sesama mereka seperti bersembang dan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman kerana semua ini membantu mereka untuk menjadi lebih mesra, positif, matang, dan rasional.


Konklusinya, para guru pelatih hendaklah bersedia secara spiritual, jasmani, emosi dan intelektual dalam proses untuk merealisasikan hasrat “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Tambahan pula, guru pelatih merupakan agen – agen yang memainkan peranan penting dalam memastikan Falsafah Pendidikan Negara berjaya dilaksanakan.