1.5 Prinsip –
Prinsip LINUS
Secara asasnya, LINUS memiliki 6 prinsip yang utama
iaitu:
i.
Didik hibur
ii.
Pengulangan kata
iii.
Ansur maju
iv.
Latihan interaktif
v.
Latihan dari mudah ke susah
vi.
Belajar sambil bermain
1.6
Kriteria-kriteria pemilihan bahan pembelajaran dan pengajaran LINUS
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran LINUS,
pemilihan bahan yang betul amatlah penting. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi
keberkesanan program ini. Oleh yang demikian, berikut adalah kriteria yang perlu
diambil kira dalam pemilihan bahan berkaitan iaitu:
i.
mudah diurus atau
ditadbirkan
ii.
selamat tidak tajam, tidak
terlalu berat dan bahaya
iii.
nilai grafik yang tinggi
iv.
warna yang ceria dan menarik
v.
lasak digunakan
vi.
boleh dipelbagai guna untuk
lebih daripada satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Oleh
itu, para guru yang terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran LINUS hendaklah
sentiasa berhati-hati dan bijak dalam pemilihan bahan. Kegagalan mereka berbuat
demikian boleh menyebabkan murid gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.
1.7 Kemahiran
Asas dalam LINUS
Dalam program LINUS ini, terdapat penguasaan kemahiran
asas yang berbeza berdasarkan sama ada Numerasi atau Literasi. Berikut adalah
pembahagian fokus kemahiran asas berdasarkan 2 kategori tersebut iaitu:
1.7.1
Kemahiran asas Literasi
Secara umumnya dalam Literasi, kemahiran asas ini
dibahagikan kepada 3 peringkat seperti dibawah:
i.
Tahun
1 – Pelajar berkemampuan untuk membaca,
menulis dan memahami ayat mudah dengan jumlah perkataan minima sebanyak 500
patah perkataan sahaja.
ii.
Tahun
2 – Para pelajar boleh membaca, menulis dan memahami ayat mudah yang ada
menggunakan kata sendi dengan jumlah minima sebanyak 800 patah perkataan
sahaja.
iii.
Tahun
3 – Para pelajar berupaya untuk membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah
perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.
Selain
itu, terdapat 12 Konstruk yang diukur dalam Saringan Literasi iaitu:
a)
Konstruk
1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf
vokal dan konsonan.
b)
Konstruk
2 : Keupayaan membaca dan menulis suku
kata terbuka.
c)
Konstruk
3 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan suku kata terbuka.
d)
Konstruk
4 : Keupayaan membaca dan menulis suku
kata tertutup.
e)
Konstruk
5 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan suku kata tertutup.
f)
Konstruk
6 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
g)
Konstruk
7 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan yang mengandungi diftong
h)
Konstruk
8 : Keupayaan membaca dan menulis
perkataan yang mengandungi vokal berganding.
i)
Konstruk
9 : Keupayaan menulis perkataan yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
j)
Konstruk
10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan
akhiran.
k)
Konstruk
11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
l)
Konstruk
12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan
1.7.2 Kemahiran asas
Numerasi
Seperti
Literasi, Numerasi juga dibahagikan kepada 3 peringkat penguasaan iaitu:
a)
TAHUN 1
Kemahiran – Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan
nombor hingga 50.
Operasi asas – Faham fakta asas tambah dan tolak
Aplikasi – Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran
asas
b) TAHUN 2
Kemahiran – Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga
100
Operasi asas – Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Aplikasi – Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam
dan mengukur panjang/pendek objek
c) TAHUN 3
Kemahiran – Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor
hingga 1000.
Operasi asas – Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
Aplikasi – Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam
jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai
Dalam saringan
Numerasi, ia juga melibatkan 12 Konstruk yang diukur iaitu;
a)
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
b)
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
c)
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
d)
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
e)
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
f)
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
g)
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
h)
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
melibatkan mata wang Malaysia
i)
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim
objek dan isipadu.
j)
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada
ayat matematik dan sebaliknya
k)
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
l)
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran
panjang.
1.8
Penutup
Secara kesimpulannya, Program LINUS ini menegaskan usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan
murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal
persekolahan. Inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada pihak
sekolah mahupun para guru. Oleh yang demikian, semua pihak digesa untuk
bekerjasama dan saling bertukar idea dalam memastikan kelancaran dan
keberkesanan pelaksaan program ini. Dan yang paling penting sekali ialah kita
mampu mencapai sasaran seperti yang diterangkan dalam perenggan pendahuluan di
atas.
No comments:
Post a Comment