Program LINUS
1.1 Pengenalan
Pada Ogos 2009, Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’
Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama (National
Key Result Areas/NKRA) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hal ini berikutan pihak KPM menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi
masih belum dapat diatasi sepenuhnya
walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Oleh itu, Program Literasi
dan Numerasi telah dirancang dengan teliti dan sistematik untuk memastikan ia
mampu membawa impak yang besar kepada proses pembelajaran pada peringkat
sekolah rendah.
Sasaran untuk program ini telah
mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah
rendah. Selain itu, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras
Ministry Key Performance Indicator (NKPI) KPM iaitu semua murid yang tiada
masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun
2012.
Sebenarnya, Program Literasi dan
Numerasi ini merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun
2006. Selain itu, murid berkeperluan khas yang dinyatakan di atas meliputi murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang
khusus telah dibina.untuk memastikan Program ini terlaksana dengan jayanya dan
mencapai matlamat yang ditetapkan, terdapat beberapa garis panduan atau
kriteria yang harus diikuti oleh pihak sekolah dan para guru yang terlibat.
Kerjasama antara mereka merupakan kunci kepada keberhasilan program ini.
1.2 Definisi
LINUS
Definisi LINUS terbahagi kepada dua iaitu:
1.2.1 Definisi Literasi – Ia merangkumi kebolehan
murid dalam membaca, menulis serta memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk
yang mudah. Dia juga hendaklah mampu mengaplikasikan pengetahuan serta
kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
1.2.2 Definisi Numerasi – Ia meliputi kemampuan untuk
melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah. Dia
juga hendaklah mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik tersebut dalam kehidupan seharian.
1.3 Matlamat
LINUS bertujuan melahirkan murid yang normal iaitu
tidak ada masalah pembelajaran. Mereka hendaklah menguasai asas Literasi iaitu
Membaca dan Menulis serta asas Numerasi iaitu Mengira selepas tahun mengikut
pendidikan rendah menjelang 2012.
1.4 Strategi
Pelaksanaan di Sekolah
Program ini wajib dilaksanakan di semua sekolah rendah
yang terdiri daripada SK, SJKC, SJKT serta SABK. Pada setiap tahun, terdapat 3
peringkat saringan yang dilaksanakan untuk mengenal pasti murid yang layak
untuk program ini. Berikut adalah masa peringkat saringan tersebut
dilaksanakan:
i.
Saringan 1 (Mac) – P & P Linus (April-Mei)
ii.
Saringan 2 (Jun) – P & P Linus (Julai-Ogos)
iii.
Saringan 3 (September) – P & P (Oktober-November)
Secara umumnya, semua murid Tahun 1 diwajibkan
menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun. Ini bertujuan untuk mengukur
tahap penguasaan kemahiran asas mereka. Ujian saringan ini dilaksanakan samaada
oleh guru Bahasa Melayu, guru Matematik mahupun guru Pemulihan. Manakala medium
perantara yang digunakan untuk Numerasi ialah dwibahasa iaitu Bahasa
Melayu-Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Bahasa Inggeris, dan Bahasa Tamil-Bahasa
Inggeris.
Tambahan
pula, guru Pemulihan yang khas ditempatkan di sekolah adalah berdasarkan nisbah
murid LINUS tegar. Nisbah guru dan murid bagi program ini ialah seorang guru
untuk lima belas orang pelajar (1:15). Ini bertujuan supaya guru mampu
memberikan sepenuh tumpuan kepada kumpulan murid berkenaan. Untuk literasi,
para guru pemulihan dicadangkan untuk melaksanakannya selama satu jam dan
memberikan tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja. Untuk numerasi,
pelaksanaannya juga dalah satu jam. Kedua-dua sesi ini hendaklah dilaksanakan
pada setiap hari.
Selain itu,
guru sedia ada untuk mata pelajaran bahasa Malaysia dan Matematik yang
melaksanakan aktiviti hendaklah diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan
dan bimbingan. Ini bertujuan membantu mereka menangani murid yang mempunyai
masalah literasi dan numerasi.
No comments:
Post a Comment